Saturday 19 October 2013

ISO SIRIM - Sudah Terlambat Untuk Aku Tarik Diri Dari Sukan- aku rasa sangat tertekan dengan apa terjadi kebelakangan ni

Dah lama rasanya aku tak tulis blog ni since aku memang betul-betul busy pasal aku dapat tau yang pegawai Sirim akan masuk ke department aku ...habis file ISO bila check banyak betul xupdate..
Dekat sini baru kita tau yang siapa betul ada tanggungjawab siapa takde tanggungjawab..Actually i give credit to Rasul Marwan Nik and Yana cause helped me to settle the ISO file..Yang lain ada yang buat TR dan pemasangan leased line,..kira ok la gak cover budak2 ni kang terkejar sana sini

Ada satu staff aku ni aku baru dapat tau yang dia suka balik awal. kalau time kerja abis kul 5.30 ptg dia akan balik kul 3 ptg dan akan punch card di PD (sebab dia duduk PD) ...aku dah lama perhatikan dia aku rasa dia sangat melampau..dan aku dapat tau gak yang dia letakkan kenderaan TM di PD dan perjalanaan dia ke tempat kerja ke exchange Seremban menggunakan van TM ..Banyak cantik dia...

Rezeki punya rezeki semalam tuhan nk tunjuk kat aku kantoikan dia balik awal,..jadi semalam aku ke Rasah sebab nak ambil file folder yang tak cukup nak buat ISO,..Aku terserempak dengan dia kat tengah jalan ...time tu waktu 4.30 petang..Aku call DCC dia tiada TR ..memang sah la balik..
Terang -terang dah...hari Ahad malam ni aku nak ke Exchange PD nak tgk van tu ada tak kat PD aku nak bawa balik ke Senawang..orang lain siap susah-susah nak g kerja naik bas naik apa dia senang2 je..

Disebab kesibukan ISO ini aku xberapa perform sangat dalam badminton aku ,...otak aku ingat kat ISO je...walaupun team dari Data Johor Utara, Johor Selatan dan Melaka dah tolong tapi aku tetap susah ati..Mujur Lim banyak bantu aku..walaupun kita lain races tapi aku banyak makan budi ngan LIM...mestila kan kitorang Blood Brother!

Kalau ikutkan aku susah hati gak dengan my fiance kerana tak dapat sms dia call dia,..aku risau takut dia rasa diabaikan....tapi tiap malam aku sms gak dia..aku sendiri pun tak tahan rindu dia...cuma sikap dia yang aku puji tu adalah dia tetap support aku walaupun aku kerja banyak ke tak banyak ke dia tetap support aku...thanks syg tetap support sy...ayg tiada penggantinya

chow cincau..

Monday 7 October 2013

Pemain Berambut Seperti Perempuan - Badi Di Mata 19

Hai..
mungkin tajuk ni...agak janggal bagi sesiapa yang membaca..tapi tidak janggal bagi aku....sempena KASTEL nak menjelang tiba ni..gelaran tu masih lekat atas nama aku..."budak tu bagus, tapi rambut cam pompuan..dan ada badi kat mata 19"...
Badi ni mula mendapat nama setelah Kastel kedua aku sertai masa tu aku main kat UM...

bayangkan pada waktu tu team aku leading 1-0 masa ayong ngan fadhilah dapatkan mata pertama untuk team kitorang...waktu tu kali pertama gak aku digandingkan bidan terjun dengan haji idris..kalah set pertama 21-6 bangkit set kedua 21-12 dan masa set ketiga aku ketinggalan 6-0 dan kemudian mengejar mendahului semula 19-14 ...pada ketika itu aku tak tau kenapa ....aku seakan bagi lawan point sampai dia menang 21-19 secara tak langsung aku mengecewakan team aku...semenjak dari itu pemain state lain menggelar aku "budak tu bagus. . rambut cm pompuan tapi badi mata 19"...

Sukan ketiga Kastel di Melaka pun sama set ketiga aku leading19-16 tetapi kalah 21-19,..dan nama itu lekat sampai ke hari ni..

Get together di Batu pahat aku sama gak partner ngan lim 19-19 kalah 21-19

Aku pun tak tau..

Kali ni Kastel kali ke 4 aku join yang bakal berlangsung di terengganu sekali lagi waktu training aku dengar nama tu keluar...adakah kali ini aku akan tamatkan badi tu...Rambut aku dah xcam pompuan..dulu aku sunyi sekarang aku ada kekasih ada tunang...

Aku memang nak hadiahkan kemenangan tu untuk perkahwinan aku sekurangnya bawa team aku ke suku akhir...

aku nak tamatkan nama tu...BADI MATA 19...

aku teringatkan tunang aku di kala bayangan dia ada bersama aku menyaksikan kebangkitan aku setelah performance aku seperti yoyo selama 3 tahun ni...aku xnak kalah lagi aku xnak kalah lagi...tu sebab aku berlatih betul2 kali ini...aku nk menang,..aku nak hadiahkan kemenangan ini untuk dia...aku nak buat semua ni...aku nak dia gembira tgk aku menang..cukup lah aku melalui zaman kegelapan..kali ni aku nak kegemilangan tu semula...

GAMBAR INI LAH MASA KAT KL ..PERMULAAN SEGALANYA........






Thursday 3 October 2013

Kecewa ..Ada Rasa Nak Quit

Hai
Dah lama tak tulis blog ini..Actually aku sebenarnya dalam minggu ni bermacam-macam perkara terjadi sampai tak de masa nak tulis blog pun.. di tambah pula nak kesibukan training sukan sempena Kastel 24-27/10/2013..Actually sebenarnya aku ada rasa juga untuk tidak menyertai since aku rasa team di NS masih tidak cukup bersedia...Bukannya apa..masing-masing nak jadi power nak jadi bagus tapi lari daripada basic...

Sebut pasal basic mengingatkan pada waktu aku remaja..17 tahun dimana masa tu aku belajar basic dengan Pak Uda..Masa tu aku frust putus cinta monyet ..so aku memilih jalan untuk bermain badminton..Untuk 3 bulan pertama adalah pembentukan kaki aku..tak yah sebut la setakat tegang cramp ke ..atau muntah tepi court tu adalah perkara biasa ..nak kata kena marah tu banyak kali tapi marah dari Pak Uda lebih kepada membina ....pada time tu semangat lagi kerana team Pak Uda bukan calang2 orang nya...Asas kekuda yang di bentuk pada waktu itu la membentuk aku sampai hari ni di mana perkara ini lah yang menyebabkan orang lari dari main badminton...Setiap kali sesi bermain..Pak Uda akan hantar bola stroke ke belakang sampai banyak kali kemudian tiba2 di akan drop bola tu ke depan..di situ kita akan tgk sempat ke xsempat nak ambil bola tu..lepas dapat bola kat depan dia akan tolak ke belakang dan aku kena mengejar..bayangkan disebabkan keinginan nak jadi bagus masa tu aku buat semua tu..tapi bila aku nak team aku buat ..seorang pun tak nak....so cmne nak jadi bagus?!!!..

Actually juga aku kecewa dengan partner aku yang sering tak focus dalam training ..bayangkan lah kita dapat shuttle tu banyak kali then apabila dihantar pada dia...dia bleh plak "tdo" masa nak ambil bola..kecewa btul aku..boleh dikatakan aku main ni aku fokus untuk elak buat mistake tapi dia??? baik aku partner ngan rasul lagi bagus la..at least ada usaha mengejar...

Untuk persediaan kahwin kali ini aku dah siap buat test HIV cuma kali ini aku rasa ini waktu-waktu getir..nak kena ambil borang lagi..nak kena tangkap gambar lagi dan macam2 lagi la.
Aku tetap menanti untuk disatukan dengan si dia..semoga segalanya selamat sejahtera