Monday, 21 April 2014

Dugaan 2014- Sesudah Aku Berkahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Actually dah lama aku tak update blog ni since selepas aku berkahwin...kerana banyak perkara yang aku lalui menjadi aku tak sempat nak update

Syukur alhamdullillah wife aku dah mengandung dah selama 9 minggu..dan perkara yang dia alami skrg adalah morning sickness..Dia sering muntah-muntah ..lemah badan.bila makan je reject.Aku sangat susah hati dengan keadaan dia...Aku cuba gak untuk bantu dia..tapi tetap tak improved apa-apa..Adakalanya aku rasa kecewa pada diri aku sendiri seakan aku tak boleh nak jaga dia..seperti yang aku janjikan sebelum aku kahwin dengan dia dulu..

Bukan apa..aku sebagai suami tak sanggup untuk tgk dia sakit cmtu..terlalu sedih ...Aku cuma dapat tunaikan apa makanan dan minuman yang dia idamkan ...

Bila terjadi perkara cmni actually membuatkan aku rasa down sangat ...rasa lesu dan sentiasa fikirkan kesihatan dia..bayangkan aku g meeting kat JB pun aku balik hari sebab risau kalau jadi pape kat dia ,....dah tentu senang aku nak gegas balik ke KL nak jumpa dia kalau jadi pape

Cuma skrg ni aku masih lagi tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak..kadang-kadang aku balik gak pandan indah..walaupun masa rehat untuk diri aku sendiri pun dah takde,...yela semenjak aku kahwin..abah asyik nak aku balik je..kalau masa bujang tak de pulak dia tanya..mak pulak takde cmtu..Seakan macam takut je anak akan tinggalkan dia

Abah , nai takkan tinggalkan abah walaupun abah bezakan anak abah ni seorang masa kecik2 dulu..cuma nai agak kecewa dengan adik beradik nai yang lain macam tak pedulikan abah je...along lagi la..dah lari dari tanggungjawab terus..nasib baik wife aku faham keadaan aku..

Kerana kesefahaman ini lah menjadi sebab kenapa aku nak peristerikan dia..Harap hubungan ini kekal bahagia,.
nak ada baby ngan dia..xsabar sangat

 

Friday, 28 February 2014

Petua Nak Jadi Player Badminton Hebat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah lama tak post entry ini setelah sekian lama akibat kesibukan menguruskan majlis nikah serta perkahwinan..alhamdulillah dah sebulan dah berkahwin..rasa best plak

Actually hari ni aku nak kongsi tips2 bagaimana nak jadi seorang player badminton hebat..Kadang-kadang benda ni kita terlepas pandang. Aku boleh kategorikan kepada 2 bahagian..iaitu tips dari segi fizikal dan tips dari segi mental/sikap

Fizikal/Teknik
  1. Kebanyakan orang lari dari perkara ni sebab takut pancit la ..takut sakit la tapi ia sangat penting..kalau tak de benda ni memang susah la nak jadi bagus..STEP KAKI..Kita kena train step kaki kita terlebih dahulu baru lah boleh keep up dengan stroke orang...ada sesetengah orang nak cover step dengan menggunakan stroke depan belakang..seriously takkan pergi ke mana..Kalau kaki kuat..stamina xkuat pun kita boleh recover..
  2. Refleks - Kena ada refleks bagus..kalau nak ada refleks bagus..banyakkan pukul shuttle ke dinding buat sampai 20 kali..itu pun dah memadai..masa warming up main bola rata di net akan improve juga refleksi
  3. Kuatkan wrist- main botol kaca..xpayah nak main berat sgt..satu lagi kalau rumah ada carpet..sapu carpet guna penyapu lidi secara backhand..buat banyak kali..proses ini makan masa...tak payah force nanti injured
Mental/Sikap
  1. Tunjukkan minat untuk bermain..kalau xminat main sambil lewa baik xpayah main
  2. Kalau kita dah bagus main dari segi fizikal/teknik..jangan marah member kita yang buat silap masa main (tetapi dia ada minat) ...ini selalu terjadi kalau main double..sepatutnya bagi support pada dia...supaya dia boleh main...
  3. Jangan asyik nak partner dengan orang bagus je..kena partner dengan orang xbagus..time tu kita baru tau kita ni ada quality tak pada diri kita atau kita sekadar harapkan orang terror je..Sekurangnya teknik game kita akan improve sebab kita nak lawan orang kuat...
  4. Jangan asyik nak marah je kalau partner kita buat silap...sepatutnya atas court kita bagi sokongan moral...
  5. Sentiasa galakkan member kita yang minat nak main tapi baru nak main
  6. Yang penting sekali kalau dah bagus main ..jangan berlagak..sebab biasanya kalau orang berlagak ni dia akan mudah puas hati dengan diri sendiri...tu sebab takkan ada improvement 

Ini yang aku lalui..ni yang aku buat..kalau tak percaya dengan apa aku ckp..buat la ikut kepala korang..tgk boleh improve tak..TAPI AKU CABAR..KALAU BETUL NAK IKUT KEPALA SENDIRI ,...TANPA BELAJAR BASIC TEKNIK DAN MENTAL BETUL..MEMANG TAKKAN KEMANA

Tuesday, 11 February 2014

Berakhirnya Kisah Seorang Bujang...Kini Aku Sudah Berumah Tangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dengan sekali lafaz aku dan Nor Amalina Mohammad sah menjadi suami isteri...Perasaan? tak tau nak kata pada hari itu tapi segala penat lelah, marah, sedih, nangis, kecewa kerana persiapan pernikahan kami pergi macam tu sahaja..

Alhamdullillah kini aku sudah berumah tangga..memang betul rahsia Allah ..jodoh tiada siapa yang sangka..Dari perkenalan pada 3 Disember 2012 sehari selepas aku menjadi naib juara Amazing Race Di Perak akhirnya berakhir dengan perkahwinan..A

Actually sebelum pernikahan itu macam2 terjadi dengan kursus Camelot dari Isnin sampai la ke Rabu (aku nikah pada Jumaat) memang aku sendiri tak menang tangan.,..Minggu-minggu tu adalah minggu paling serabut yang menyebabkan pada hari Rabu aku decide ambil EL sebab dah tak boleh bawa dah...Waktu ari khamis malam jumaat tu aku dah tak boleh tdo ..malam tu aku layan lagu rock kat youtube..bayangkan lah along temankan aku sampai la aku boleh tdo.

Sekarang ni dah setengah bulan kami bernikah ..aku bersyukur sangat dikurniakan isteri yang baik..yang sayang aku..yang jaga aku..yang susah senang ngan aku..yang bila sedih dia pujuk aku...sesungguhnya ayg adalah hadiah tak ternilai dari Allah untuk saya..

Thanks sayang..sy sangat bahagia..




Sunday, 12 January 2014

Countudown Tik Tok Tik Tok.....mengajar aku supaya kalau terjadi apa pun krisis kena tenang



Hai salam sejahtera semua,,..since aku update blog ni boleh dikatakan aku dalam keadaan tertekan dengan bermacam-macam perkara terjadi sepanjang Isnin sampai le ke hari ini..
Sudah tentu the headliner adalah persiapan kahwin aku...yang sampai ke hari ini menyebabkan aku ngan my fiance tidak boleh duduk diam pun..ada je yang yang tak siap..
Actually dari Isnin sampai la ke khamis aku ada kursus di TMTC KL..bayangkan kena belajar balik IPVALUE..backup line dan mcam2 lagi..
Jumaat pula aku plak temankan abah g banyak tempat jumpa customer dia..aku cuma perhatikan agak sakit gak abah cover kerja seorang mcm ni..terkejar sana cni...Petang tu kitorang ambil kad kawin aku yang dah siap ditempah.akhirnya siap juga ...Then trus shoot ke Seremban sebab nak jumpa kontraktor rumah nak wat mcam2 ngan plumbing la apa la

Dijadual kan hari sabtu ini aku ada mcam2 tugas sebab nak beli hantaran terakhir untuk my fiance ..lega skit aku sebab dapat belikan.harap shi comel suka sangat..then pastu plak kitorang g fitting baju sanding sebelah side dia nanti ..kena adjuz lagi baju tu..then aku kena shoot ke seremban sepatutnya sebab ingat kontraktor tu nak masuk nak wat plumbing..last2 hampeh.dia cakap nak masuk ahad..haram nye perangai..dah la my fiance terkejar-kejar ..sian kat dia..im sorry sayang

Hantaran terakhir shi comel

then aku tangguhkan balik seremban dulu..Mlm sabtu aku jumpa dengan Izairi dan Zaki budak sekolah nak bg kad untuk aku kahwin..lama siot tak jumpa dari zaman sekolah tu

Ini ahad aku dah ada seremban sambil tunggu kontraktor dok wat plumbing rumah aku..harap setel la satu persatu nanti insyaallah