Monday, 16 December 2013

Hati kata 50-50 Keluar Dari Persaraan - atau terus stay dengan membimbing bakat baru

Hai u ollss...
Actually hari ini saya boleh dikatakan bz gak kerana sibuk nak appointment dengan kontraktor akibat rumah atap dah bocor..air masuk..nanti nak kawin takkan nak isteri duduk kat rumah atap bocor..risau gak ni..takut budget lari..
Sebenarnya hari ini saya ada rasa hati berbelah bagi terutamanya berkaitan dengan hal darah daging aku (badminton). Selepas Kastel 2013 aku mengambil keputusan untuk bersara dan tidak mewakili TM NS dalam sukan ini..kerana rasanya sudah sampai masanya..jadi aku mengambil keputusan untuk terlibat dalam pembangunan player baru..actually aku dah ada 3 orang murid baru dari TM ..iaitu Rasul, Azan dan Taufik...Kalau boleh ni lah player baru yang akan aku ketengahkan untuk sesi tahun depan..
Aku sebenarnya dah tak minat lagi nak main dengan TM NS memandangkan terlalu banyak politik masuk campur yang mana ada lagi orang yang masih tidak sedar diri yang dia dah tak boleh main lagi sebenarnya ke peringkat tersebut...Jadi aku rasa ingin mencabar "diorang yang rasa bagus sangat tu " dengan cara aku sendiri..Diorang semua tak nak bantu budak-budak yang nak sangat main tapi tak de orang nk tunjuk ..diorang tau nak siap-siap teror je...mana ada cam tu..Sikit susah xnak fikir..ITULAH PERANGAI BANGSA AKU...kalau cmni sampai bila susah nak maju...

Aku dah mula nampak progress di mana Rasul Azan dan Taufik sedang menuju ke arah peningkatan...Rasul - masih ada masalah pada backhand dan control ketinggian bola ..Taufik - laju - tapi ada masalah pada smash berganda ..biasa nya pada kali kedua mesti dia sangkut ...Azan - laju tapi masalah pada penggunaaan pukulan sesuai..Semua ini akan dpat improved kalau main selalu..Insyaallah tahun depan akan ada bintang baru...AKu buat semua ini bukan sebab aku nak nama..Aku cuma nak biarlah budak-budak yang teringin sangat nak main ni maju..hati aku puas..Apa method yang Pak Uda aku ajar semua aku turunkan kat budak-budak ni..ALangkah bagus kalau pak uda ada cni..boleh jadi coach kitorang


No comments:

Post a Comment