Saturday, 2 November 2013

Cukup Lah Sampai Di sini..Biar Ia Berakhir...

"Tahniah Bro.. ko akan kena audit Sirim .." sebaik sahaja ayat tu keluar dari member-member RNO Southern..Aku cuma leh terkedu saja...sebab kalau ikutkan sejak dari aku kerja ini lah kali pertama aku kena Sirim..Walaupun ada sedikit perlian dari apa yang mereka katakan aku dapat support lebih dari bos aku, Lim dan Rafiq..So dari 16- 22 hb October aku tak de kerja lain iaitu mengerjakan ISO..dan dalam tempoh tu bermacam2 ujian aku terima ..Pada ketika itu yang cuma bantu aku cuma Rasul Marwan dan team Data Melaka serta Johor utara sedangkan staff aku semua lari..Menyebabkan aku warning mereka sekiranya ISO mereka tak pedulikan aku memang akan bagi KPI rendah kat mereka...Kesibukan kerja menyebabkan aku tinggalkan badminton aku untuk seketika kerana sekiranya aku xsiapkan ISO ini aku memang tak boleh pergi Kastel 2013 di Terengganu...

Kalau ikutkan aku memang xnk pegi dan tarik diri kerana SIRIM audit ini..tapi last aku pergi gak..Aku tak terfikir gak akan berlaku peristiwa yang akan ubah hidup aku selamanya

Kalau ikutkan dalam plan team Kastel kena bertolak mlm 23 hb dan aku kena siapkan sebelum 23hb..Mujur 22hb. dah siap...kredit to my staff Marwan, Rasul dan Lim yang bantu aku tak henti-henti kalau nak kata ada cina yang xbaik bagi aku Lim lain dari yang lain...kerana kami memag blood brother.. Pada mulanya aku kena naik ngan Man ngan Abg Izwan tapi last2 kena tukar plak since team netball semua cinggey takde driver yang cekap .jadi aku kena drive dalam keta tu ada Jimah dengan Nik Hazilah...so aku kena la drive dengan tak tdo lagi..aiyo..sampai la ke tempat  di mana 46km mengadap kuala terengganu baru aku flat..Jimah sambung drive masa tu dah siang aku sampai kat Pasar Payang pukul 9.00 pagi...Kitorang masuk hotel 2 ptg...then aku tdo tak ingat dunia..sok nak tournament ni

24 hb ni menyaksikan aku rasa yang akan ubah keputusan aku untuk tidak lagi menyertai Kastel.Pertemuan aku dengan Pahang menyaksikan di mana set 1 aku lead 20-16 tapi kesilapan partner aku 6 kali kami kalah 22-20...dan pada set ke 2 21-18 semua memang datang dari silap dia..tapi aku tak blame dia pun.. Selepas itu lawan Selangor mana kalah gak 21-18-21-18 dia dah mula blame aku kata aku xfaham move dia..kalau ikutkan dia sebenarnya tak ikut basic menyebabkan aku ambil keputusan untuk tidak bermain lawan KL masa ni aku dah buat keputusan untuk tak nak lagi join Kastel sampai bila2 ...3 tahun aku main..macam tu gak la team ni..lari dari basic...Aku teringat Pak Uda aku ckp...kalau lari dari basic takkan menang punya..ini dah membuktikan dah ..memang takkan menang la..so aku dh malas nak join ngan "team pemalas ni lagi"

25 hb aku ambil tiket blah dari Kuala terengganu untuk siap sedia audit Sirim ..My fiance tersayang amik aku kat Hentian Putra..Cayang kat ci comel...

No comments:

Post a Comment