Thursday, 29 August 2013

Nakama - Band Kami dan My Cyg Yang Sangat Aku Rindu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
29/8/2013
Lama sangat dah tak tulis blog ni..Actually nak update skit la pasal apa terjadi sampai hari ini dari Sabtu lepas 24/8/2013 ..
24/8/2013 - Aku join battle of the band ..Kalau ikutkan time cmni masa ni 23/8 malam sampai ke 3 pagi aku masih lagi practice lagu untuk dimainkan pada hari besok..dan kami sebulat suara untuk menamakan band kami Nakama that's mean brotherhood.

Nakama - dari kiri Kirk(shaiful adzuan) lead, Aku, Mohd Syahril(bass) dan Apit (mohd fitri mohd sapuan, vocal dan dibawah sebelah kiri Saker, Khairul Izzat sebagai drumer


.Since kebanyakan daripada ahli kami dah lama xperform stage jadi ada mengalami masalah skit untuk control nervous dan menyebabkan kami terkantoi masa perform..tapi sekurangnya kami mengambil cabaran untuk mainkan lagu 1511 di mana lagu tu belum ada lagi band cover untuk main kat youtube ..Harap layan la..Kalau tak sedap maaf di pinta ..kami sekadar mencuba sahaja..Selain itu juga kami ada reka lagu raya gabungan Jalil Hamid- Raya, Siti nurhaliza- Sesuci Lebaran dan M Nasir- Salam Dunia

1511- BPR cover by Nakama
Nakama- Medley Lagu Raya

Then banyak masa aku selepas battle of the band itu aku habiskan untuk berjumpa orang tersayang..Sekarang ni kan dah selalu jumpa tiap minggu maklumlah kami nak buat persiapan kawin lagi then nak cari barang barang ini..jadi kami selalu dating..Bersama dengan dia selalu membuatkan kami rasa gembira sangat kerana buat pertama kali dalam seumur hidup saya ini lah orang yang saya cari..yang boleh gembirakan saya..selalu wat saya gembira...tapi menjelang maghrib saya balik Pandan Indah sebab terlalu letih sangat

25/8/2013- Pagi dah kena tolong abah skit untuk jamuan kat Baitulmal..tetapi ada sedikit kekecohan kerana abah punya sikap kelam kabut dah datang membuatkan sy rasa malas nak join jamuan raya tu..Jadi selepas tunggu my fiance pergi ke majlis kahwin saudara dia di PJ saya terus jumpa dia..cantik tau dia masa tu..cayang kat dia ,..comel cangat2,,macam princess pun ada tau..kira cair gak la kan
I lov u Cayang

26/8/2013-27/8/2013 - Kami kena kursus DDN preventive maintenance dan kalau ikutkan kena stay kat Melaka dan pagi kena g kelas..kira ok gak la sebab ada Lim, Mak Buyung fiqa ngan Rafiq..best gak g sana..Lim ada bawa kitorang g jalan2..best gak la...27/8 2013 Rafiq dah ngamuk sebab bilik panas tak de air cond last tukar gak bilik..dapat gak bilik aircond..malam tu dia punya drummer black metal dia xpayah ckap la kemain kuat dengkur

28/8/2013 - saya plak kena pergi ke exchange Bandar Kaba Melaka di mana disitu kami di ajar tentang Tellab dan MArconi Equipment dan cara membuat maintenance menggunakan software ..Kira best ..banyak input..ia buat aku rasa lebih berkeyakinan pasni...bagus ilmu yang aku dapat selama 3 hari ini
Petang dalam kul 3 petang aku ajak Rafiq g Jb sekali ngan aku temankan aku drive..Yelah dia dok JB kan...singgah jap JJ bandar Melaka..makan dulu then terus shoot g jb ..Aku sampai dalam kul 7 mlm kat rumah Pak ngah ..Sampai je trus aku tdo sampai kul 9.30 mlm..Aku sok nak wat slide WIT dan pastu nak shoot balik KL nak jumpa my love...Sabar je la aku ni tunggu masa je nak jumpa dia...aku kira hari jela ni...

Note : sayang..tunggu saya tau nanti Jumaat..nak jumpa ci comel..jangan down..nanti saya teman sayang cari costume menari.Agak susah ati skit sebab dia dah "feeling lost " pasal hal menari ni...saya plak tak dapat nak teman dia..kalau ada seremban boleh gak jumpa dia jap..Harap syg tunggu saya ye..nak mo down2



Friday, 23 August 2013

Kembali ke Dunia Battle Of The Band

Hai u alls.
Nak update gak apa terjadi dalam minggu ini seriously rasa minggu ni adalah minggu paling gile sekali..
Isnin - 19/8/2013 - Kembali kerja macam biasa walau hakikatnya hari itu hujan sangat lebat sampai sepanjang hari sampai saya sendiri dah terkena hujan then kemudian rasa nak demam dan badan suam-suam kuku...Malam tu saya dapat panggilan dari band saya menyatakan hasrat untuk kembali ke Dunia Battle Of the band yang bertempat di Shah Alam sempena Hari Raya Aidilfitri dan Merdeka so kali ini padamulanya kami dimaklumkan ada 2 lagu untuk ambil iaitu lagu sendiri dan lagu raya/merdeka then pada mulanya kami bercadang untuk bawa lagu metafora..dan pada ketika itu saya sampai ke rumah jam 2 pagi
Selasa - 20/8/2013 - Saya diishtiharkan demam dan saya pergi klinik ambil MC..SANGAT TERHARU KERANA MY CI COMEL DATANG DARI KL NAK TGK SAYA DEMAM KAT SEREMBAN..SAYANG SNGAT KAT AYG...BAWA DIA G MAKAN PIZZA DAN G SEREMBAN PARADE..TAPI SYUKUR SANGAT KERANA DIA DAH TAU KALAU NAK DATANG TEMPAT SAYA... dan saya dah la menyertai Futsal Oshe week pada malam tu..Team saya masa tu Sober, Taufiq, Angah, Azan, Arwis, Faris dan saya telah berjaya masuk semi dan berjumpa dengan team Flyrovers bekas teammate saya 2 tahun lepas..dan malam tu kami dapat tempat ke 4

Rabu - 21/8/2013 - Bertolak pagi ke JB pada jam 6 pagi tiba di JB jam 10 pagi akibat jem di Skudai untuk attend meeting pengurusan..Selepas itu telan ubat batuk rebah saya sampai pukul 9 malam di Rumah Pak Ngah ...pukul 11 malam saya bertolak balik Seremban dan tiba jam 2 pagi

Khamis  22/8/2013 - Diberi kata dua oleh state GM kerana keadaan kebersihan Rasul marwan tidak memuaskan dan saya di tarbiah selama 30 minit..Dengarkan jelah!! apa bleh wat...Malam tu jumpa Apit untuk jamming pada Sabtu ini

Kalau ikutkan kami akan bermain lagu ini BPR -1511...dengarkan lah..macam susah je nak main
Risau dah lama xmain depan public

Wednesday, 21 August 2013

Terharu sangat dan peristiwa hari ini

Hai u allss..hari ni saya dah jatuh sakit secara tiba-tiba je mungkin sebab terkena hujan semalam..actually minggu ni agak sibuk dgn oshe week dan juga practice utk persembahan jamuan raya merdeka..

Actually sy sangat terharu kerana tunang sy my lover ci comel datang dr kl nk jenguk sy di seremban..mula3 susah ati gak takut dia xsampai ati dan sy susahkan dia plak sampai nak dtg cni.

Sampai je cni sy bawa tunang sy g mkn pizza nyum nyum sampai 4 slice sy makan...hehe..pastu sy bawa dia g city park....terlelap kt ctu..waktu dia balik saya nampak mata dia genang....sedih dan sayu sy masa tu..xtau nak ckp apa..akhirnya berlepas balik tunang sy..sy mkn ubat batuk trus tdo..sampai le ke maghrib

Selepas tu sy pergi ke kompleks sukan paroi utk futsal ...padahal sy masih tak kuat lg...sy tau my love marahkn sy sebb dia xnak sy main futsal..nk suh sy rehat sbb sy nak ke jb plak besok paginya..

Sy plak dh lama xmain..main gak la..team sy masuk semi final  jumpa team jemputan..team jemputan ni. Mcm xcaya team budak bawah jambatan yg sy main masa mula kerja tm kt cni dulu..so kami kalah 1-0 mengheret ke next match penentuan 3-4 kami kalah 2-1..so xdptla hadiah..hehe..

Pas main tu sy rasa badan sy lega la pula..dh sejuk..so sy cpt anta sms kat syg sy yg sy dh ok

Syg..maafkan sy sebab dh wat ayg marah..sy tau syg kecewa ngan sy..dari hujung rambut sampai hujung kaki..maafkan sy syg

Friday, 16 August 2013

Luahan Hidup ...Akhirnya saya beritahu juga

Selama ini hidup saya banyak memendam dalam banyak perkara...
sejak dari kecik di layan seperti itu...
sampai menjadikan hati saya dah tahap beku...
tak de perasaan di layan sampai cam tu...

Dari remaja...memang saya kurang segalanya ...
kalau di bandingkan 'saudara' ku yang lain..
timbul rasa kurang percaya ...
pada diri ini...
aku terima ...
tak pernah salahkan mereka......

 mungkin mereka tak nampak apa boleh saya buat..
jadi saya diam..
pendam...
apa-apa pun kawan lah tempat segalanya.....

Biarlah orang lain nak nilai saya apa...
dan banyak orang yang pernah "masuk" dalam idup saya...
Melabel saya sebagai lelaki misteri ....
lelaki pelik....
lelaki yang susah nak faham...
dan hati saya memang susah nak tenang...
tu lah sebabnya ,,,,kerana konflik...

 Kini saya dah da orang yang bertakhta dalam hati..
syukur...kerana tuhan mengurniakan orang yang faham...
kalau sy sedih pun dia ada...
faham kalau sy letih..
faham kalau sy susah...
supaya hari ini awk mengerti mengapa saya letak awk kat tempat yang tinggi..
mengapa sy menghargai awak..kerana awak la sebenarnya tempat sy ngadu...
bukan mereka...tetapi awak..

thanks atas segalanya ..
utk sape yang baca coretan hati saya...
mungkin nampak "rebel"
tapi tu la hakikat saya kena lalu...
hidup tetap hidup
mesti diteruskan walau apa pun...




Saturday, 10 August 2013

Hari Raya ke 2 - Tiada Siapa Pun berani..berani cakap belakang jela

Hai
9/8/2013 - 2 syawal
Kami bertolak ke Johor di mana destinasi pertama kami adalah Parit Limbong Muar..Di situ bersemadilah arwah nenek ku Zaiton Bt Ahmad setelah meninggal dunia pada 19 tahun lepas...Kalau diikutkan dulu kalau beraya kat Bekok akan jadi meriah sebab beliau ada...satu-satunya nenek terbaik yang pernah aku ada...Pemergiannya sampai hari ini aku rasa satu kehilangan..

Aku tak benarkan abah untuk capai stereng kerana dia bukan nk drive tapi nak tido so aku memang xsuka jap2 nak jaga mata dia sebab dia nak tdo je...jadi lebih baik aku drive biar semua tdo..senang skit..

Sampai di pusara arwah nenek aku( jam 10.20 pagi) bersih aku perhatikan pusaranya...Fatin xboleh masuk kerana datang bulan..jadi aku abah dan mak je la masuk...
So ini lah kubur arwah nenek ku

Jam 10.20 pagi juga menunjukkan penyakit "kelam kabut" abah datang di mana dia segera nak ke Kluang padahal boleh je sampai sebelum sembahyang Jumaat..Aku dah mula menyampah dah...mak pun dah mula bising sebab nak beraya rumah family mak kat sini semua diabaikan...kalau aku tau cm ni aku tak pergi la beraya..seriusly aku ckp..Alasan yang diberikan abah adalah kerana takut family beliau di Kluang akan ada program lain(ada perbincangan hal tanah)..Bagi aku juz call je tanya siapa ada..then minta dorang jangan pergi..berat tak tu? tak de masalah kan?...
 
jadi semasa perjalanan tu kami pun sangkut la jem kat Yong peng padahal time masa tu pukul 11 pagi..Seriusly aku bengang betul sebab aku tau memang sempat pun sampai sebelum Sembahayang Jumaat..Nanti tahun depan dah kahwin memang aku xfollow la  dia lagi ,..dah la xdrive pastu bising lagi ngan kelam kabut lagi..
 
Sampainya di sana ..dalam kul 12. cmtu ..xde pun keluarga dia yang ada program lain..ni semua alasan coverline la ni...aku dah mula ckp ngan abah suh berhati-hati dengan sebarang kenyaataan yang dikeluarkan kerana ada banyak wartawan-wartawan URTv dan mangga kat situ...tapi kadang-kadang abah ni xsedar adik beradik dia dengki ngan dia ..nak pedajalkan dia..kami adik beradik semua nampak..sampai sana memang aku buat perangai cm Luis Suarez la ..tak salam sape je yang mangkuk-mangkuk terlibat dengan kutuk keluarga aku kat FB tu..
 
 
contohnya cam ni la aku buat

Makcik makcik aku yang terlibat pun xberani nak bersuara..abah mencadangkan untuk aku bermalam di sana..aku berkeras untuk tidak lepak sana  kerana bimbang ada yang malam tu ada beberapa muka aku nak pijak mlm tu.jadi aku rasa lebih baik balik kl je..Setakat drive tu aku pun leh drive..xjadi masalah sangat la...
 
Satu ketika dahulu..kami memang rapat sangat dan aku rasa setakat ini sahaja lah..atas apa yang berlaku..sorry dah xleh cm dulu lagi..dasar mulut cm puaka......semua tak berani keluar kenyataan..tu yang menunjukkan bahawa...mereka tak lah sehebat seperti yang digembar gemburkan..cerita belakang je boleh la.....penakut je lebih baling batu sembunyi tangan

Balik dari tu aku blah je..malas nak salam sebab bagi aku lebih baik jadi musuh depan mata daripada musuh dalam selimut...lantak la apa diorang nak kata..aku memang xnak ada kena mengena lagi dengan dorang..walaupun abah cuba nak baikkan kitorang..hati aku kali ni keras./

Wednesday, 7 August 2013

Mimpi Kita- 2nd Single Band

Hai
Selain lagu Metafora ..kami juga ada selitkan lagu Mimpi Kita lagu 2nd single kami dimana masih dalam time experiment..cuma biasa la lagu ini tak macam Metafora..cm sentimental rock

Apit - Vocalist
Kirk - Lead Guitar
Syahril - Bass
Din - Drummer
 

Tuesday, 6 August 2013

Raya Yang Sempurna - Kali Ini Aku Tidak Sunyi Lagi

6/8/2013 - 6.00 pagi
Terdengar lagu Awie -Raya Yang Sempurna

aku ambil petikan liriknya...
Datanglah cinta bersama ria
Di dalam jiwa sempurna akal
Dari Tuhanku Yang Maha Satu
Yang Maha Tahu diriku ini


Lalu kita semua pun bangkit segera
Untuk menyusun semula
Kasih sayang (diisi?)...
Sebenar-benarnya kasih sayang kita
Satu untuk semua...


 Nama tajuk lagu ni adalah Raya yang Sempurna - kalau ikutkan aku dapat rasakan ini lah raya yang paling best aku rasa kan setelah sekian lama hati aku sepi..dengan kehadiran "my fiance tersayang" dalam hidup aku..segalanya bagaikan sempurna..Aku rasa kali ini juga aku menyambut dengan ceria ..berbanding dengan sebelum ni "lantak la nak jadi apa"....dipendekkan cerita banyak gak benda yang aku buat bersama my fiance sempena Ramadhan kali ni..buka puasa sama dengan aku kena sembelit demam 38 darjah sampai dah xleh puasa selama 2 hari (mau tak mau kena ganti la!!) ...dengan kami cari barang hantaran ambil kesempatan sementara tengah diskaun ni..dengan g Jalan TAR...biasanya aku tak g Jalan TAR ni..last time 2 tahun lepas bersama ex GF aku..tapi kali ini aku pergi dengan si dia yang betul2 aku cintai...

Sebut punya sebut ini adalah raya dan puasa aku sebagai seorang bujang..Insyaallah aku dan dia akana bernikah tak lama lagi dan tahun depan puasa dan raya aku dlm keadaan dah berumah tangga ..ntah tak tau cmne ntah..

Persiapan raya tahun ni agak kelam kabut skit la..dengan aku kalau ikutkan apa pun tak beli..maleh nak layan menda ni..Laki apa la sangat nak beli gile2...baju raya pun pakai yang tahun lepas punya..lawa lagi apa.cuma tahun ni kami akan beraya di kluang dan Hari raya pertama baru la kami ke Kluang since aku rasa kali ni la ...hati aku rasa teringin nak raya kat KL selepas apa yang terjadi baru-baru ini (sepupu aku mengeluarkan ayat isytiharkan perang dalam FB, jadi betul2 la perang ni)....kalau ikutkan malas aku nak balik Kluang tapi mengenangkan abah tak larat sangat drive jadi aku pun cover la dia nak drive..sebab aku kalau drive jauh jarang tdo ni....CUma tahun ni aku xdapat balik awal..yela kena kerja kan..

So apa pun
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI SAYA
MOHD SYAHRIL MOHD AZALI
STAN@SYAH@BRO..
 

Sunday, 4 August 2013

Hari Yang Best Ramadhan antara aku dan dia

Hai assalamualaikum
3/8/2013 
Hari ini aku boleh katakan semua orang dah bersemangat Hari Raya walaupun Ramadhan masih ada lagi..semua orang bersemangat nak berhari raya ni..

Semalam aku "my wife" dah tersekat parking di rumah my fiance so my fiance cadangkan aku untuk bawa "hubby dia balik ke rumah..so pagi2 aku bangun sudah dapat bebelan dari along aku dan abah yang terus minta aku anta "hubby" pergi basuh ..diorang kata koto sangat..

Tapi sebelum tu aku kena g rumah syahnaz dulu sebab semalam syahnaz dah tinggal barang kat rumah aku masa berbuka puasa...so aku pergi ngan abah menaiki "hubby"..Masa odw tu abah semacam tau bahawa kereta tu dah dibawa dengan kelajuan lebih 110km/J so abah trus sound ckp,..nnti bagitau kat Lyn..awak tu lesen P so berjaga-jaga skit..hehehe..aku terkedu je la...

So dapat lah jumpa dengan Bobobo Haris..

 gambar Haris ngan Atok
 Bulat mata haris



Selepas daripada pergi rumah Syahnaz aku pun hantar la "hubby" g basuh kat Masjid Pandan Indah. Lama gak aku tunggu 30 minit..tapi aku memang suka basuh kat masjid sebab dia basuh teliti..dia bersihkan semua luar dalam ...pastu aku tgk body yang kemek kat kereta my fiance..ingat nak g betulkan nanti dalam cuti raya ni sebab nnti dah xde masa dah nanti
comel tak my hubby pas basuh? comel kan?
Selepas basuh tu aku ambil my syg..sebab kami nak g Ikea sebenarnya..AKu nak dapatkan konsep untuk meja makan dan bilik tidur untuk rumah kami nanti...yela kan sekarang ni yang basic tu je xde..aku cuba untuk jadi suami yang baik untuk dia ..sediakan semua untuk dia..taknak ini xde itu xde..risau aku dok memikirkn benda ni..dan kami berbuka puasa di IKEA gak......

After that kami ke Tesco Ampang sebab nak beli butter cup untuk adik ipar tersayang sheera..Dia nak buat kek ke kuih..kami sambar je buttercup then aku hantar dia balik...niat aku nak bawa kuar keta tapi tiba-tiba ada plan dari shafiq nak g Jalan Tar..jadi kalau naik keta memang xdapatla sebab jem..akhirnya aku kena gak g Jalan TAR naik moto..Bayangkan dalam tempoh 9 tahun..aku xpernah sentuh moto akhirnya aku dapat gak bawa moto..Masa mula-mula rasa janggal gak nak bawa moto ni yela kan 9 tahun xsentuh..tapi masa odw balik tu aku dah tau rahsia nya..guna flexy body..Aku bawa tunang aku naik moto...sebelum ni dah la susah aku nak bawa pompuan naik moto ni...tapi best gak dia peluk aku..rasa hati rapat je...

***syg..nnti dah kawin nak beli moto la...nak bawa ayg jalan2 pusing naik moto....sy syg ayg cgt

Friday, 2 August 2013

Rambut Panjang??? Suatu Ketika Dahulu - Dark Side OF The Force


2/8/2013
Hai u alls
sementara aku dok tunggu staff aku datang ni nak roll call ni..aku singkap koleksi album dalam laptop aku gambar aku time mula nak simpan rambut dulu (kecewa la kononnya)
Meh tgk gambar2 nya
masa ni kursus kat PD Sri Intan


ngan Noor Aiman..old friend skrg dah kerja kat menara TM dah


Dengan Noor Aiman dan Fadh





Ngan sis kecik (ain) masa ni dia belum kahwin



 Ngan melvin budak tm telemarketing..


masa perkahwinan my lovely sistem kak hazilah

Aku...tudung dan kawan2...

1 august 2013
Hai..dah masuk hari berapa pose aku pun dah xingat. Hari ini aku masuk ofis semula selepas aku dijangkiti demam panas 38 celcius dan cirit2.banyak gak keje aku kena buat..pagi2 aku dah bls email aku yg berlambak tu semua nk feedback cepat..nasib baik pernah masuk ZFT jadi pernah blaja kerja cepat..mau 6-7 task aku setelkan tadi......aku dok risau ngan QCC projek aku xsetelkan lagi..sok aku nk rollcall ngan staf aku nk tanya apa le kita buat untuk improve NT MAT6D...
Petang plak aku g visit program Ziarah Ramadhan ke pusat tahfiz di Lukut..sana tgk budak hafal quran..kagum aku beb..Sana kitorg ada hantar sumbangan zakat perniagaan kepada budak2..seronok plak tgk..

OMlm aku g iftar dengan member2 aku pastu aku g Senawang cari tudung utk bj peplum fiance tersyg dgn bakal ibu mertua ku meh tgk tudungnya  ..harap diorg suka. Puas aku "tawaf" satu senawang..hehe


Harap si comel suka tudung ni..syg ngan ayg cgt2..lov u!!

Thursday, 1 August 2013

Adakalanya Memakai Badan Melebihi Had - Perlukan Rehat Gak

Hai u alls..
Rabu 31/7/2013 jam 1.30 pagi
Akhirnya kembalinya saya ke pejabat setelah dua hari aku MC..kerana demam dan sakit perut..Pada hari Selasa 30 Julai 2013 aku pergi main badminton dan selepas main badminton tu suhu badan aku naik 39 darjah..cm nak meletop badan aku di buatnya....aku gegas g klinik Tawakal then aku ambil ubat aku dapat MC lagi ...aku dah mula sedih bimbang puasa aku menjadi korban...dah 2 hari aku tinggal puasa takkan aku nak tinggal puasa..Jadi malam ni aku dah teguk 100 plus banyak..My fiance susah ati ngan keadaan aku dan dia ada kata nak jadi 'montster" kalau aku xnak makan ubat......comel tul dia ...nk jadi monster..Anyway aku tau dia betul2 sygkan aku..dia pun bebel kat aku sebab xcukup rehat..buat aku rasa terharu dan bertuah memiliki dia..

Saya Sygkan ayg sy..