Saturday, 10 August 2013

Hari Raya ke 2 - Tiada Siapa Pun berani..berani cakap belakang jela

Hai
9/8/2013 - 2 syawal
Kami bertolak ke Johor di mana destinasi pertama kami adalah Parit Limbong Muar..Di situ bersemadilah arwah nenek ku Zaiton Bt Ahmad setelah meninggal dunia pada 19 tahun lepas...Kalau diikutkan dulu kalau beraya kat Bekok akan jadi meriah sebab beliau ada...satu-satunya nenek terbaik yang pernah aku ada...Pemergiannya sampai hari ini aku rasa satu kehilangan..

Aku tak benarkan abah untuk capai stereng kerana dia bukan nk drive tapi nak tido so aku memang xsuka jap2 nak jaga mata dia sebab dia nak tdo je...jadi lebih baik aku drive biar semua tdo..senang skit..

Sampai di pusara arwah nenek aku( jam 10.20 pagi) bersih aku perhatikan pusaranya...Fatin xboleh masuk kerana datang bulan..jadi aku abah dan mak je la masuk...
So ini lah kubur arwah nenek ku

Jam 10.20 pagi juga menunjukkan penyakit "kelam kabut" abah datang di mana dia segera nak ke Kluang padahal boleh je sampai sebelum sembahyang Jumaat..Aku dah mula menyampah dah...mak pun dah mula bising sebab nak beraya rumah family mak kat sini semua diabaikan...kalau aku tau cm ni aku tak pergi la beraya..seriusly aku ckp..Alasan yang diberikan abah adalah kerana takut family beliau di Kluang akan ada program lain(ada perbincangan hal tanah)..Bagi aku juz call je tanya siapa ada..then minta dorang jangan pergi..berat tak tu? tak de masalah kan?...
 
jadi semasa perjalanan tu kami pun sangkut la jem kat Yong peng padahal time masa tu pukul 11 pagi..Seriusly aku bengang betul sebab aku tau memang sempat pun sampai sebelum Sembahayang Jumaat..Nanti tahun depan dah kahwin memang aku xfollow la  dia lagi ,..dah la xdrive pastu bising lagi ngan kelam kabut lagi..
 
Sampainya di sana ..dalam kul 12. cmtu ..xde pun keluarga dia yang ada program lain..ni semua alasan coverline la ni...aku dah mula ckp ngan abah suh berhati-hati dengan sebarang kenyaataan yang dikeluarkan kerana ada banyak wartawan-wartawan URTv dan mangga kat situ...tapi kadang-kadang abah ni xsedar adik beradik dia dengki ngan dia ..nak pedajalkan dia..kami adik beradik semua nampak..sampai sana memang aku buat perangai cm Luis Suarez la ..tak salam sape je yang mangkuk-mangkuk terlibat dengan kutuk keluarga aku kat FB tu..
 
 
contohnya cam ni la aku buat

Makcik makcik aku yang terlibat pun xberani nak bersuara..abah mencadangkan untuk aku bermalam di sana..aku berkeras untuk tidak lepak sana  kerana bimbang ada yang malam tu ada beberapa muka aku nak pijak mlm tu.jadi aku rasa lebih baik balik kl je..Setakat drive tu aku pun leh drive..xjadi masalah sangat la...
 
Satu ketika dahulu..kami memang rapat sangat dan aku rasa setakat ini sahaja lah..atas apa yang berlaku..sorry dah xleh cm dulu lagi..dasar mulut cm puaka......semua tak berani keluar kenyataan..tu yang menunjukkan bahawa...mereka tak lah sehebat seperti yang digembar gemburkan..cerita belakang je boleh la.....penakut je lebih baling batu sembunyi tangan

Balik dari tu aku blah je..malas nak salam sebab bagi aku lebih baik jadi musuh depan mata daripada musuh dalam selimut...lantak la apa diorang nak kata..aku memang xnak ada kena mengena lagi dengan dorang..walaupun abah cuba nak baikkan kitorang..hati aku kali ni keras./

No comments:

Post a Comment