Monday, 16 December 2013

Hati kata 50-50 Keluar Dari Persaraan - atau terus stay dengan membimbing bakat baru

Hai u ollss...
Actually hari ini saya boleh dikatakan bz gak kerana sibuk nak appointment dengan kontraktor akibat rumah atap dah bocor..air masuk..nanti nak kawin takkan nak isteri duduk kat rumah atap bocor..risau gak ni..takut budget lari..
Sebenarnya hari ini saya ada rasa hati berbelah bagi terutamanya berkaitan dengan hal darah daging aku (badminton). Selepas Kastel 2013 aku mengambil keputusan untuk bersara dan tidak mewakili TM NS dalam sukan ini..kerana rasanya sudah sampai masanya..jadi aku mengambil keputusan untuk terlibat dalam pembangunan player baru..actually aku dah ada 3 orang murid baru dari TM ..iaitu Rasul, Azan dan Taufik...Kalau boleh ni lah player baru yang akan aku ketengahkan untuk sesi tahun depan..
Aku sebenarnya dah tak minat lagi nak main dengan TM NS memandangkan terlalu banyak politik masuk campur yang mana ada lagi orang yang masih tidak sedar diri yang dia dah tak boleh main lagi sebenarnya ke peringkat tersebut...Jadi aku rasa ingin mencabar "diorang yang rasa bagus sangat tu " dengan cara aku sendiri..Diorang semua tak nak bantu budak-budak yang nak sangat main tapi tak de orang nk tunjuk ..diorang tau nak siap-siap teror je...mana ada cam tu..Sikit susah xnak fikir..ITULAH PERANGAI BANGSA AKU...kalau cmni sampai bila susah nak maju...

Aku dah mula nampak progress di mana Rasul Azan dan Taufik sedang menuju ke arah peningkatan...Rasul - masih ada masalah pada backhand dan control ketinggian bola ..Taufik - laju - tapi ada masalah pada smash berganda ..biasa nya pada kali kedua mesti dia sangkut ...Azan - laju tapi masalah pada penggunaaan pukulan sesuai..Semua ini akan dpat improved kalau main selalu..Insyaallah tahun depan akan ada bintang baru...AKu buat semua ini bukan sebab aku nak nama..Aku cuma nak biarlah budak-budak yang teringin sangat nak main ni maju..hati aku puas..Apa method yang Pak Uda aku ajar semua aku turunkan kat budak-budak ni..ALangkah bagus kalau pak uda ada cni..boleh jadi coach kitorang


Friday, 13 December 2013

sangat risaukan my fiance yg sakit

Actually xtau nak tulis apa jadi tulis la apa pun..semakin nak dekat semakin sibuk keje aku ni sampai ikutkan rasa mcm tak bernafas je..actually minggu ni selasa dah kena g jb..amik lim dan kak fidza then g jb...dh la ngantuk drive....dengar taklimat ombak..ntah apa ntah dorg meraban last terlelap...keesokan ptgnya kena g melaka sampai la ke khamis dgn nmo engagement..lembik xpayah ckp la..aku cuma agak pelik kerana tiba2 my love sunyi je..sesuatu dh jadi gaknya...then dpat info dia sakit..gastrik..susah ati sgt.sampai la ke hari ni..nak cari dia tapi tau dia ngah nahan sakit...jd nk dia rest cukup..td pas solat aku doa supaya dia sembuh..ni pun aku dh xle nk tdo umah..jd aku g blue lagoon ..siap2 bwk bantal dh ni...nk tdo sambil dengar bunyi laut.aku harap aku dpt tenangkn hati aku..moga allah merahmati aku....kdg btul gak xle selalu call or sms my fiance..cm ganggu je..nnti rimas plak dia..harap dia cpt sembuh...
-1.28 pagi..blue lagoon..port dickson

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 4 December 2013

Setahun Dah Berlalu---Terpahat Cinta Kukuh Kami..Kami Menuju Ke Arah Bahagia

3/12 ...sampai mati pun tak akan aku lupakan tarikh tu ..Tarikh yang menemukan aku dengan si dia.orang tersayang..My Fiance..Teringat pagi tu hantar mak abah g KLIA sebab dorang nak g vietnam,..Tapi rasa berdebar-debar masa odw balik kerana dok memikirkan saya akan berjumpa si dia....pada hari tersebut..Sebelum tu kami ada add FB dan saya dok terfikir adakah dia dapat cam saya kerana imej sebelum tu di FB adalah seperti di bawah
Jadi imej saya masa tu adalah
Lain kan? saya pun redah je la,...kami janji masa tu kul 11pagi kat times square tapi si dia awal-awal lambat ..dan dia pun nak dtg berdua je..pelik kan ..datang berdua dating kali pertama...Ah saya tak kisah sangat..masa tu saya naik tingkat 3 g main PS3 ..mana tak nya 2 jam tunggu..(kalau diikutkan aku dh blah dah sebab dia lambat )..Tapi tuhan maha kuasa..Dia nak aku stay situ gak sabar tunggu my fiance masa tu....Dan kali pertama ..aku jatuh cinta setelah sekian lama..setelah sekian lama aku main sana sini..aku dah jumpa orang yang betul.....Bahagia? Aku sangat bahagia dan gembira..tak terkata..tapi masa tu aku tertanya..dia dapat baca ke isi hati aku yang jatuh cinta ngan dia pada hari itu gak...dan balik tu selepas aku turun LRT aku masuk keta nangis je aku.....mcam meluahkan ...penatnya menunggu orang yang sepatutnya untuk aku sebegitu lama...:( .........setelah aku melalui bermacam seksa...tak boleh tidur malam...nangis sorang kat pantai pd..tido kat tepi jalan...akhirnya aku jumpa dia ...my fiance Nor Amalina Mohammad....
Thanks sudi terima saya dalam idup awk...sy cintakan awk...kini kami 50 hari je sebelum menuju ke jinjang pelamin..Apapun ...ayg tetap dalam hati sy


Saturday, 30 November 2013

Segala Di Luar Jangkaan....

Dah lama aku xpost ke blog aku..Mungkin sbb agak kesibukan utk persiapan kahwin +++kerja yang banyak maklumlah hujung tahun...
Hari ni 30/11/2013.aku di Kuala Terengganu atas dasar nk beli songket..aku tau my fiance mesti kecik ati..sebab dia xdpt nk tgk aku pakai songket dia belikan.....aku tau dia sedih...walaupun xdpt pakai aku simpan gak baik- baik songket tu...sebab ia hadiah tulus ikhlas dari org tersyg..
Apa terjadi hari ni adalah rentetan peristiwa di mana bermula dari sabtu lepas 23/11/2013 masa tu nk ambil tempahan baju nikah kami di mana taylor yg buat tu cincai boncai menyebabkan my fiance sedih
Saya ada tunjuk ngan mak gambar bj melayu tu dan abah mak ternyata tak setuju..Dalam jangkaan aku..mak abah akan campur tgn dan mereka mesti akan beli yg mahal punya..
Sangkaan aku btul menjadi kenyataan di mana lepas aku g kahwin azura tmpoint trus kami g bli kain..terbeliak aku bila kain aku campur kain my fiance smpai 4ribu...
Pastu trus bawa g tempah..upah pun sampai 550..
Mau xmau aku trima since dh tinggal skit masa .disebabkan perangai taylor xbertanggungjawab tu kami smpi jd cmni....so seterusnya dari isnin smpai rabu abis masa kat persiapan sampai keje opis pun terabai...aku pun xtau apa nk kata dh...ternyata dgn rehat xcukup aku gagahkan gak..ni kalau ikutkan nk kemas umah seremban pun aku dh xde masa  .....abah plak pendengaran dh makin truk..aku kena bawa g hospital gak..nk tunggu anak lain memang xdela..skit skit pressure..memang aku kena bawa....pas setel ni semua baru aku fikir umah aku pulak..

Saturday, 2 November 2013

Cukup Lah Sampai Di sini..Biar Ia Berakhir...

"Tahniah Bro.. ko akan kena audit Sirim .." sebaik sahaja ayat tu keluar dari member-member RNO Southern..Aku cuma leh terkedu saja...sebab kalau ikutkan sejak dari aku kerja ini lah kali pertama aku kena Sirim..Walaupun ada sedikit perlian dari apa yang mereka katakan aku dapat support lebih dari bos aku, Lim dan Rafiq..So dari 16- 22 hb October aku tak de kerja lain iaitu mengerjakan ISO..dan dalam tempoh tu bermacam2 ujian aku terima ..Pada ketika itu yang cuma bantu aku cuma Rasul Marwan dan team Data Melaka serta Johor utara sedangkan staff aku semua lari..Menyebabkan aku warning mereka sekiranya ISO mereka tak pedulikan aku memang akan bagi KPI rendah kat mereka...Kesibukan kerja menyebabkan aku tinggalkan badminton aku untuk seketika kerana sekiranya aku xsiapkan ISO ini aku memang tak boleh pergi Kastel 2013 di Terengganu...

Kalau ikutkan aku memang xnk pegi dan tarik diri kerana SIRIM audit ini..tapi last aku pergi gak..Aku tak terfikir gak akan berlaku peristiwa yang akan ubah hidup aku selamanya

Kalau ikutkan dalam plan team Kastel kena bertolak mlm 23 hb dan aku kena siapkan sebelum 23hb..Mujur 22hb. dah siap...kredit to my staff Marwan, Rasul dan Lim yang bantu aku tak henti-henti kalau nak kata ada cina yang xbaik bagi aku Lim lain dari yang lain...kerana kami memag blood brother.. Pada mulanya aku kena naik ngan Man ngan Abg Izwan tapi last2 kena tukar plak since team netball semua cinggey takde driver yang cekap .jadi aku kena drive dalam keta tu ada Jimah dengan Nik Hazilah...so aku kena la drive dengan tak tdo lagi..aiyo..sampai la ke tempat  di mana 46km mengadap kuala terengganu baru aku flat..Jimah sambung drive masa tu dah siang aku sampai kat Pasar Payang pukul 9.00 pagi...Kitorang masuk hotel 2 ptg...then aku tdo tak ingat dunia..sok nak tournament ni

24 hb ni menyaksikan aku rasa yang akan ubah keputusan aku untuk tidak lagi menyertai Kastel.Pertemuan aku dengan Pahang menyaksikan di mana set 1 aku lead 20-16 tapi kesilapan partner aku 6 kali kami kalah 22-20...dan pada set ke 2 21-18 semua memang datang dari silap dia..tapi aku tak blame dia pun.. Selepas itu lawan Selangor mana kalah gak 21-18-21-18 dia dah mula blame aku kata aku xfaham move dia..kalau ikutkan dia sebenarnya tak ikut basic menyebabkan aku ambil keputusan untuk tidak bermain lawan KL masa ni aku dah buat keputusan untuk tak nak lagi join Kastel sampai bila2 ...3 tahun aku main..macam tu gak la team ni..lari dari basic...Aku teringat Pak Uda aku ckp...kalau lari dari basic takkan menang punya..ini dah membuktikan dah ..memang takkan menang la..so aku dh malas nak join ngan "team pemalas ni lagi"

25 hb aku ambil tiket blah dari Kuala terengganu untuk siap sedia audit Sirim ..My fiance tersayang amik aku kat Hentian Putra..Cayang kat ci comel...

Saturday, 19 October 2013

ISO SIRIM - Sudah Terlambat Untuk Aku Tarik Diri Dari Sukan- aku rasa sangat tertekan dengan apa terjadi kebelakangan ni

Dah lama rasanya aku tak tulis blog ni since aku memang betul-betul busy pasal aku dapat tau yang pegawai Sirim akan masuk ke department aku ...habis file ISO bila check banyak betul xupdate..
Dekat sini baru kita tau yang siapa betul ada tanggungjawab siapa takde tanggungjawab..Actually i give credit to Rasul Marwan Nik and Yana cause helped me to settle the ISO file..Yang lain ada yang buat TR dan pemasangan leased line,..kira ok la gak cover budak2 ni kang terkejar sana sini

Ada satu staff aku ni aku baru dapat tau yang dia suka balik awal. kalau time kerja abis kul 5.30 ptg dia akan balik kul 3 ptg dan akan punch card di PD (sebab dia duduk PD) ...aku dah lama perhatikan dia aku rasa dia sangat melampau..dan aku dapat tau gak yang dia letakkan kenderaan TM di PD dan perjalanaan dia ke tempat kerja ke exchange Seremban menggunakan van TM ..Banyak cantik dia...

Rezeki punya rezeki semalam tuhan nk tunjuk kat aku kantoikan dia balik awal,..jadi semalam aku ke Rasah sebab nak ambil file folder yang tak cukup nak buat ISO,..Aku terserempak dengan dia kat tengah jalan ...time tu waktu 4.30 petang..Aku call DCC dia tiada TR ..memang sah la balik..
Terang -terang dah...hari Ahad malam ni aku nak ke Exchange PD nak tgk van tu ada tak kat PD aku nak bawa balik ke Senawang..orang lain siap susah-susah nak g kerja naik bas naik apa dia senang2 je..

Disebab kesibukan ISO ini aku xberapa perform sangat dalam badminton aku ,...otak aku ingat kat ISO je...walaupun team dari Data Johor Utara, Johor Selatan dan Melaka dah tolong tapi aku tetap susah ati..Mujur Lim banyak bantu aku..walaupun kita lain races tapi aku banyak makan budi ngan LIM...mestila kan kitorang Blood Brother!

Kalau ikutkan aku susah hati gak dengan my fiance kerana tak dapat sms dia call dia,..aku risau takut dia rasa diabaikan....tapi tiap malam aku sms gak dia..aku sendiri pun tak tahan rindu dia...cuma sikap dia yang aku puji tu adalah dia tetap support aku walaupun aku kerja banyak ke tak banyak ke dia tetap support aku...thanks syg tetap support sy...ayg tiada penggantinya

chow cincau..

Monday, 7 October 2013

Pemain Berambut Seperti Perempuan - Badi Di Mata 19

Hai..
mungkin tajuk ni...agak janggal bagi sesiapa yang membaca..tapi tidak janggal bagi aku....sempena KASTEL nak menjelang tiba ni..gelaran tu masih lekat atas nama aku..."budak tu bagus, tapi rambut cam pompuan..dan ada badi kat mata 19"...
Badi ni mula mendapat nama setelah Kastel kedua aku sertai masa tu aku main kat UM...

bayangkan pada waktu tu team aku leading 1-0 masa ayong ngan fadhilah dapatkan mata pertama untuk team kitorang...waktu tu kali pertama gak aku digandingkan bidan terjun dengan haji idris..kalah set pertama 21-6 bangkit set kedua 21-12 dan masa set ketiga aku ketinggalan 6-0 dan kemudian mengejar mendahului semula 19-14 ...pada ketika itu aku tak tau kenapa ....aku seakan bagi lawan point sampai dia menang 21-19 secara tak langsung aku mengecewakan team aku...semenjak dari itu pemain state lain menggelar aku "budak tu bagus. . rambut cm pompuan tapi badi mata 19"...

Sukan ketiga Kastel di Melaka pun sama set ketiga aku leading19-16 tetapi kalah 21-19,..dan nama itu lekat sampai ke hari ni..

Get together di Batu pahat aku sama gak partner ngan lim 19-19 kalah 21-19

Aku pun tak tau..

Kali ni Kastel kali ke 4 aku join yang bakal berlangsung di terengganu sekali lagi waktu training aku dengar nama tu keluar...adakah kali ini aku akan tamatkan badi tu...Rambut aku dah xcam pompuan..dulu aku sunyi sekarang aku ada kekasih ada tunang...

Aku memang nak hadiahkan kemenangan tu untuk perkahwinan aku sekurangnya bawa team aku ke suku akhir...

aku nak tamatkan nama tu...BADI MATA 19...

aku teringatkan tunang aku di kala bayangan dia ada bersama aku menyaksikan kebangkitan aku setelah performance aku seperti yoyo selama 3 tahun ni...aku xnak kalah lagi aku xnak kalah lagi...tu sebab aku berlatih betul2 kali ini...aku nk menang,..aku nak hadiahkan kemenangan ini untuk dia...aku nak buat semua ni...aku nak dia gembira tgk aku menang..cukup lah aku melalui zaman kegelapan..kali ni aku nak kegemilangan tu semula...

GAMBAR INI LAH MASA KAT KL ..PERMULAAN SEGALANYA........






Thursday, 3 October 2013

Kecewa ..Ada Rasa Nak Quit

Hai
Dah lama tak tulis blog ini..Actually aku sebenarnya dalam minggu ni bermacam-macam perkara terjadi sampai tak de masa nak tulis blog pun.. di tambah pula nak kesibukan training sukan sempena Kastel 24-27/10/2013..Actually sebenarnya aku ada rasa juga untuk tidak menyertai since aku rasa team di NS masih tidak cukup bersedia...Bukannya apa..masing-masing nak jadi power nak jadi bagus tapi lari daripada basic...

Sebut pasal basic mengingatkan pada waktu aku remaja..17 tahun dimana masa tu aku belajar basic dengan Pak Uda..Masa tu aku frust putus cinta monyet ..so aku memilih jalan untuk bermain badminton..Untuk 3 bulan pertama adalah pembentukan kaki aku..tak yah sebut la setakat tegang cramp ke ..atau muntah tepi court tu adalah perkara biasa ..nak kata kena marah tu banyak kali tapi marah dari Pak Uda lebih kepada membina ....pada time tu semangat lagi kerana team Pak Uda bukan calang2 orang nya...Asas kekuda yang di bentuk pada waktu itu la membentuk aku sampai hari ni di mana perkara ini lah yang menyebabkan orang lari dari main badminton...Setiap kali sesi bermain..Pak Uda akan hantar bola stroke ke belakang sampai banyak kali kemudian tiba2 di akan drop bola tu ke depan..di situ kita akan tgk sempat ke xsempat nak ambil bola tu..lepas dapat bola kat depan dia akan tolak ke belakang dan aku kena mengejar..bayangkan disebabkan keinginan nak jadi bagus masa tu aku buat semua tu..tapi bila aku nak team aku buat ..seorang pun tak nak....so cmne nak jadi bagus?!!!..

Actually juga aku kecewa dengan partner aku yang sering tak focus dalam training ..bayangkan lah kita dapat shuttle tu banyak kali then apabila dihantar pada dia...dia bleh plak "tdo" masa nak ambil bola..kecewa btul aku..boleh dikatakan aku main ni aku fokus untuk elak buat mistake tapi dia??? baik aku partner ngan rasul lagi bagus la..at least ada usaha mengejar...

Untuk persediaan kahwin kali ini aku dah siap buat test HIV cuma kali ini aku rasa ini waktu-waktu getir..nak kena ambil borang lagi..nak kena tangkap gambar lagi dan macam2 lagi la.
Aku tetap menanti untuk disatukan dengan si dia..semoga segalanya selamat sejahtera




Friday, 27 September 2013

Advance Double Formation dan Saya Tak Mahu Kehilangan Dia

Assalamualaikum hai u all..dompok sangat!
Gigih sangat aku hari ini kerana terlalu sibuk dengan kerja dan di samping itu sibuk dengan training sempena KASTEL yang akan diadakan di Terengganu

Actually pada asalnya aku malas nak pergi ke Terengganu tapi since management badminton dah bertukar dan Abg Izwan ambil alih jadi saya pergi since dia memperkenalkan cara baru dalam selection then saya pergi,...Untuk misi kali ini kami sepakat untuk target ke suku akhir walaupun diletakkan dalam kumpulan maut ..Dan kami rasa perlu ubah cara training terutamanya dari segi formation

Kalau ikutkan dulu kalau kami smash banyak kali bola tetap tak mati biasanya kami akan clear shuttle ke baseline dan kembali dalam sudut bertahan..then saya cadangkan attacking switch formation..Untuk pengetahuan semua..formation ini memerlukan banyak latihan dan persefahaman since saya dan abg zaki sepakat untuk buat formation ini supaya dapat membentuk kami jadi kuat..Then kami buat masa friendly baru-baru ini di mana kami menang straight set 21-19 dan 21-17 di mana lawan yang kami jumpa adalah kawan2 saya yang pernah saya main 1 tahun dahulu di bulan Ramadan..Formation ini menjadi...then kami kena praktice lagi untuk bentuk persefahaman..
Saya ada ambil satu artikel di mana dia ada menerangkan tentang switch formation ini

Petikan dari http://badminton.isport.com/badminton-guides/guide-to-doubles-rotation-in-badminton

4. Switching Offensive Positions

This rotation can be the most difficult to learn because it’s basically a judgment call. There are obvious times to switch offensive positions. For instance, if the opponent hits a clear to you, and then hits a half-court shot, and then hits a drop, your momentum will be carrying you closer and closer to the net. This makes it logical for your partner to rotate to the back offensive position.
However, offensive switches become difficult when your offensive advantage hinges upon it. For example, if your partner hits a tough smash in the back-left corner and is out of position to cover the back-right corner, you should be prepared to cover it should your opponents hit there. The difficult decision lies with determining whether your partner can recover. This sort of judgment call only comes with experience playing badminton and playing with your partner.


Baru-baru ini juga saya happy sangat kerana my fiance ada kursus induksi di PD selama 5 hari..berbunga-bunga hati sy kerana tunang sy dekat dengan saya..maklumlah sekarang musim bz memanjang..then tiba-tiba dalam hari ke 2 kursus dia demam..dan cepat-cepat saya bawa dia pergi ke klinik..Syg.maafkan saya buat perkara syg tak suka..tapi saya tiada pilihan sy mesti bawa ayg ke klinik kerana saya tak mahu syg sakit..maaf..
Dalam hati terlalu cinta ngan syg..harap sayang pun cmtu ..tetap sayangkan saya..kita ni sedang kira hari je untuk disatukan ...

 

Friday, 20 September 2013

20 Sept 2013 Hari Birthday Saya..Kegiatan saya pada hari ini

Assalamualaikum uols...
Hari ini genap la usia saya 29 tahun (tu pun usia saya tahun Masihi ye)..Kalau ikutkan umur saya sebenarnya dah 30 tahun..Saya dilahirkan pada 20 Sept 1984 - 15 Rabiulawal 1404 so hari ini 20/9/2013 bersamaan 6 Safar 1434..

Saya awal-awal lagi dah minta cuti ngan bos saya En Razali Amin untuk bercuti pada hari ini..So hari ini saya tak kerja dan cuti training badminton Kastel 2013.. Pagi-pagi bangun pukul 8 pagi saya dah plan iaitu hari ini saya nak kemas rumah yang dah lama tak buat maintenance..So saya sapu sampai bersin bersin saya dalam umah dek kerana habuk. Selepas tu saya mop rumah ni ..cara saya mop pun ikut cara mak iaitu sampai air mop rumah ini tak hitam lagi...memang pancit tak payah cakap la kan.tapi puas hati juga sebab hari ini saya buka semua laluan pintu dan tingkap supaya udara luar masuk. Rasa fresh plak rumah ni. Pancit gak buat semua ni..then duk rehat jap saya pergi tebas semak depan sampai dah tak panjang lagi ..Lepas tu gegas-gegas untuk pergi semayang Jumaat..Selepas semayang jumaat saya hantar kereta ke car wash..Xlarat dah nak basuk kereta sendiri sebab dah penat kemas tadi

Selepas semua selesai,, saya bersiap untuk jumpa tunang saya untuk celebrate birthday dengan dia..Pada asalnya plan kami adalah nak pergi ke Bukit Tinggi dan tido sana tapi since dah semua hotel dh kena book memang jawapannya tak jadi la..Jadi saya ke KL dan ambil dia di Sentul..Then kemudian ada surprise dia buatkan untuk saya


Terharu saya tau
Ini surprisenya
Jeng jeng dia boleh belikan kek..thanks kat my fiance...jap jap ada lagi ni

Hadiah siap ngan kotak..mari kita tengok isi dalamnya pulak!
Syg..saya terharu sangat kerana dah lama orang tak celebrate birthday saya..dan saya tak pernah minta hadiah atau apa pun.. even family saya sendiri pun lupa wish pada saya hari ni (agak terkilan)


Selepas itu kami ke Setia City Mall,,memandangkan kami dah jumpa shopping complex yang banyak barang di jual tetapi aman damai tak ramai orang..cuma jauh la kan nak kena travel dari sentul
Sampai sana kami makan di Nandos..Teringat plak masa dating pertama kami..terkulat-kulat saya nak minta my fiance (gelaran pada ketika itu Iron Face) untuk order makanan untuk saya..Hari ini pun saya minta dia order kan (mengingatkan saya pada hari pertama sy jatuh cinta ngan dia)Then kami lepak di sana sampai la kul 8 ,..Ini antara gambar posing mengarut saya depan kek

Selepas itu saya decide untuk balik Seremban..Untuk minggu ni saya malas nak balik Pandan Indah kerana nak keluar lagi besok nak pergi kahwin Nik dan Bukit Tinggi nanti kalau balik Pandan Indah balik lambat nanti ada yang masam muka..So saya balik la Seremban untuk tido awal

# Syg, thanks for everything..terharu saya tau..tak sangka plak ayg beli kek dan hadiah untuk saya..I Lov u sayang..




Friday, 13 September 2013

Ambil Cuti dan Pergi Ke UPSI Tempat Ci Comel Saya Belajar

12 Sept 2013
Tercatat satu sejarah dalam hidup saya pada hari ini dimana hari ini saya pertama kali pergi UPSI tempat my fiance belajar...Dia nak celebrate hari konvo Shima kawan dia di UPSI..So hari ini saya minta cuti setelah malam tadi berentap hebat untuk merebut tempat pergi ke Kastel 2013 di Terengganu..Saya pun terjaga pukul 11 pagi tadi dan tepat jam 12 tengahari sy bertolak ke KL kerana takutkan jem...sampai di area rumah ayg sy..sy solat dulu di Dato Senu 11....Saya tunggu ayg sy hari ni baru saya tau hari ini ayg sy hot sgt..pakai baju hijau.....hot gile..melopong gak saya..



then selepas itu dia tukar baju..pun dia masih hot lagi..time tu sy lepaskan rindu saya pada dia..maklumlah sy tak dapat balik kl sabtu ni sebab ada paintball dengan Rasul di Melaka..

Dekat sana saya dapat tgk tempat ayg sy selalu lepak..tempat dia g bli barang kat pekan.tempat dia menari satu ketika dulu..Jumpa juga En Zul yang selama ini jaga dia masa kat UPSI..kami di bawa ke tempat pesta konvo mereka..di padang kawat. Sekali tgk sama la cm UTM semua wat kat padang kawat...Di sana kami beli hadiah sempena konvo Shima...

Bagus gak g UPSI melupakan seketika ketatnya jadual kerja saya minggu ni serta training badminton saya...Saya dpt tgk gak celoteh ci comel cakap tak henti2..comel sangat..nak rakam dia cakap tapi last2 saya tertido..Kami bergambar gak dengan kawan2 ci comel sy segan plak rasa hehehe..

Sebelum balik saya ucap terima kasih pada en Zul sebab selama ni dia banyak jaga si comel saya..hehehe..dia ada bgtau si comel saya degil...tapi saya tau si comel ngan sy tak degil..

**sayang, thanks bawa sy g tempat ayg...nanti ada masa kita g ye tasik kat tempat ayg...saya dh niat nak bawa ci comel g JB tempat saya belajar plak...ok?

Tuesday, 10 September 2013

Teringin Pergi Zoo Negara - Tercapai Hajat- Haris dah Boleh Jalan..Dia suka animal..Dah mula Rasa Harus Bergerak Sendiri tanpa support dari family

Hai
Lama dah xupdate blog ni..Baru-baru ini saya tercapai sudah hajat saya sekian lama nak pergi Zoo Negara..Dulu sy nak pergi sorang je..since saya dah ada fiance saya dapat gak pergi ke zoo negara dengan dia..Pagi-pagi je mak dah kata sy dah cm tak betul je sebab tiba-tiba nak pergi zoo..memang teringin la nak g zoo!Teringin sangat nak bergambar dengan geng-geng buaya akhirnya ada gak shot gambar saya dengan buaya..Cuma ada beberapa kejadian yang pelik berlaku di Zoo Negara itu di mana ada satu kumpulan aweks2 yang ingin saya tangkap gambar then berlaku kejadian usha mengusha menyebabkan saya mengalihkan pandangan mata saya ke tempat lain..untuk pengetahuan semua saya handsome hari itu hanya untuk my fiance bukan untuk orang lain.Jadi kalau orang lain nak tgk,...saya memang akan alih pandangan sy pada orang lain..Thanks pada my fiance kerana teman saya g zoo..TERINGIN SANGAT!!Thanks syg

Pakai armband tiket sebelum masuk
Bergambar bersama geng buaya darat,..
My fiance bergambar bersama merak..saya ni gagak di rimba je
bergambar dengan gajah..masa tu gajah ngah main sedut2
bergambar bersama burung-burung
masa ni takut gak..burung patuk
Pukul berapa datuk harimau
taking shot dengan unta
taking shot dengan unta hahaha
Cik nyet2 and family

Balik dari tu kami ke Setia Mall..Shah Alam..best tau area sini..tak sesak sangat tapi macam2 ada..kami makan dan solat di sini..Tapi balik tu saya risau gak sebab tank minyak keta my fiance dah reserve mau menolak nanti....last2 g bergegas cari stesyen minyak guna GPS je..sib bek jumpa..
Kemudian kami ke Tasik Titiwangsa..sy gembira dapat bersama en Fiance kat ctu..lepaskan rindu kat dia puas2..Malam tu kami ke rumah saya dan saya ada membincangkan tentang isu persembahan pada majlis persandingan kami..tak usah cite la benda ni jadi sakit ati..kerana kalau ikutkan tanggapan mak pada band saya adalah negatif..so sy dah amik keputusan untuk band saya berundur saja..sebelum sakit hati sy..macam teruk sngat budak2 band sy ni..mcam tak reti sngat nak main lagu untuk orang kawin..Malam tu kami g jumpa orang yang akan jahitkan costume untuk tarian budak sekolah my fiance..then pada malam tu saya rasa macam bengang sangat akibat daripada apa mak kata masa tu..then balik pun saya bawa kereta xpayah nak ckp la kan? leh fikir la kalau orang tengah bengang,...bawa pun memang nak lepas geram

9 Sept 2013 saya dapat berita yang anak buah saya bobobo Haris dah boleh berjalan dan saya dapat tau gak dari adik saya yang dia suka gak tengok animal..(aiyo..siap bgtau syahnaz baru je g zoo ngan my fiance 



Wednesday, 4 September 2013

50-50 Apa Perlu Aku Lakukan?

Setelah sekian lama aku menyepi then aku kembali mencoretkan kembali apa terjadi sejak kebelakangan ini..
Since minggu lepas yang busy sepenuhnya kerana menghadiri kursusu DDN di Melaka serta Presentation projek WIT di JB...

Pengumuman KASTEL sukan TM diumumkan 24-27 hb Okt 2013 di Terengganu...dimana acara badminton memperkenalkan format yang sama di mana 1 double open..1 double exec dan satu double campuran..Actually semangat aku pada ketika ini boleh dikatakan 50-50 setelah apa berlaku pada tahun lepas ....Mampu ke team yang aku rasa mcam tak de harapan nak cari player nak gegarkan Terengganu? aku terfikir2 gak,..ntahla

Sebut pasal minggu ni, boleh dikatakan sangat sibuk dengan bermacam2 perkara.meeting sana sini dengan team aku dah mula untuk sibukkan diri untuk maintenance utk kurangkan TR ..selain itu..aku risaukan sangat pasal my fiance dengan persiapan menari..kalau boleh nak boleh nak bantu dia..cari costume..risau ngan dia..Ahad ni aku plan ngan dia nak g zoo..lama x g zoo ..teringin plak nak tgk animal ngan dia..
Aku pun tak tau nak tulis apa ..layan jela...
ok Bai

Thursday, 29 August 2013

Nakama - Band Kami dan My Cyg Yang Sangat Aku Rindu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
29/8/2013
Lama sangat dah tak tulis blog ni..Actually nak update skit la pasal apa terjadi sampai hari ini dari Sabtu lepas 24/8/2013 ..
24/8/2013 - Aku join battle of the band ..Kalau ikutkan time cmni masa ni 23/8 malam sampai ke 3 pagi aku masih lagi practice lagu untuk dimainkan pada hari besok..dan kami sebulat suara untuk menamakan band kami Nakama that's mean brotherhood.

Nakama - dari kiri Kirk(shaiful adzuan) lead, Aku, Mohd Syahril(bass) dan Apit (mohd fitri mohd sapuan, vocal dan dibawah sebelah kiri Saker, Khairul Izzat sebagai drumer


.Since kebanyakan daripada ahli kami dah lama xperform stage jadi ada mengalami masalah skit untuk control nervous dan menyebabkan kami terkantoi masa perform..tapi sekurangnya kami mengambil cabaran untuk mainkan lagu 1511 di mana lagu tu belum ada lagi band cover untuk main kat youtube ..Harap layan la..Kalau tak sedap maaf di pinta ..kami sekadar mencuba sahaja..Selain itu juga kami ada reka lagu raya gabungan Jalil Hamid- Raya, Siti nurhaliza- Sesuci Lebaran dan M Nasir- Salam Dunia

1511- BPR cover by Nakama
Nakama- Medley Lagu Raya

Then banyak masa aku selepas battle of the band itu aku habiskan untuk berjumpa orang tersayang..Sekarang ni kan dah selalu jumpa tiap minggu maklumlah kami nak buat persiapan kawin lagi then nak cari barang barang ini..jadi kami selalu dating..Bersama dengan dia selalu membuatkan kami rasa gembira sangat kerana buat pertama kali dalam seumur hidup saya ini lah orang yang saya cari..yang boleh gembirakan saya..selalu wat saya gembira...tapi menjelang maghrib saya balik Pandan Indah sebab terlalu letih sangat

25/8/2013- Pagi dah kena tolong abah skit untuk jamuan kat Baitulmal..tetapi ada sedikit kekecohan kerana abah punya sikap kelam kabut dah datang membuatkan sy rasa malas nak join jamuan raya tu..Jadi selepas tunggu my fiance pergi ke majlis kahwin saudara dia di PJ saya terus jumpa dia..cantik tau dia masa tu..cayang kat dia ,..comel cangat2,,macam princess pun ada tau..kira cair gak la kan
I lov u Cayang

26/8/2013-27/8/2013 - Kami kena kursus DDN preventive maintenance dan kalau ikutkan kena stay kat Melaka dan pagi kena g kelas..kira ok gak la sebab ada Lim, Mak Buyung fiqa ngan Rafiq..best gak g sana..Lim ada bawa kitorang g jalan2..best gak la...27/8 2013 Rafiq dah ngamuk sebab bilik panas tak de air cond last tukar gak bilik..dapat gak bilik aircond..malam tu dia punya drummer black metal dia xpayah ckap la kemain kuat dengkur

28/8/2013 - saya plak kena pergi ke exchange Bandar Kaba Melaka di mana disitu kami di ajar tentang Tellab dan MArconi Equipment dan cara membuat maintenance menggunakan software ..Kira best ..banyak input..ia buat aku rasa lebih berkeyakinan pasni...bagus ilmu yang aku dapat selama 3 hari ini
Petang dalam kul 3 petang aku ajak Rafiq g Jb sekali ngan aku temankan aku drive..Yelah dia dok JB kan...singgah jap JJ bandar Melaka..makan dulu then terus shoot g jb ..Aku sampai dalam kul 7 mlm kat rumah Pak ngah ..Sampai je trus aku tdo sampai kul 9.30 mlm..Aku sok nak wat slide WIT dan pastu nak shoot balik KL nak jumpa my love...Sabar je la aku ni tunggu masa je nak jumpa dia...aku kira hari jela ni...

Note : sayang..tunggu saya tau nanti Jumaat..nak jumpa ci comel..jangan down..nanti saya teman sayang cari costume menari.Agak susah ati skit sebab dia dah "feeling lost " pasal hal menari ni...saya plak tak dapat nak teman dia..kalau ada seremban boleh gak jumpa dia jap..Harap syg tunggu saya ye..nak mo down2



Friday, 23 August 2013

Kembali ke Dunia Battle Of The Band

Hai u alls.
Nak update gak apa terjadi dalam minggu ini seriously rasa minggu ni adalah minggu paling gile sekali..
Isnin - 19/8/2013 - Kembali kerja macam biasa walau hakikatnya hari itu hujan sangat lebat sampai sepanjang hari sampai saya sendiri dah terkena hujan then kemudian rasa nak demam dan badan suam-suam kuku...Malam tu saya dapat panggilan dari band saya menyatakan hasrat untuk kembali ke Dunia Battle Of the band yang bertempat di Shah Alam sempena Hari Raya Aidilfitri dan Merdeka so kali ini padamulanya kami dimaklumkan ada 2 lagu untuk ambil iaitu lagu sendiri dan lagu raya/merdeka then pada mulanya kami bercadang untuk bawa lagu metafora..dan pada ketika itu saya sampai ke rumah jam 2 pagi
Selasa - 20/8/2013 - Saya diishtiharkan demam dan saya pergi klinik ambil MC..SANGAT TERHARU KERANA MY CI COMEL DATANG DARI KL NAK TGK SAYA DEMAM KAT SEREMBAN..SAYANG SNGAT KAT AYG...BAWA DIA G MAKAN PIZZA DAN G SEREMBAN PARADE..TAPI SYUKUR SANGAT KERANA DIA DAH TAU KALAU NAK DATANG TEMPAT SAYA... dan saya dah la menyertai Futsal Oshe week pada malam tu..Team saya masa tu Sober, Taufiq, Angah, Azan, Arwis, Faris dan saya telah berjaya masuk semi dan berjumpa dengan team Flyrovers bekas teammate saya 2 tahun lepas..dan malam tu kami dapat tempat ke 4

Rabu - 21/8/2013 - Bertolak pagi ke JB pada jam 6 pagi tiba di JB jam 10 pagi akibat jem di Skudai untuk attend meeting pengurusan..Selepas itu telan ubat batuk rebah saya sampai pukul 9 malam di Rumah Pak Ngah ...pukul 11 malam saya bertolak balik Seremban dan tiba jam 2 pagi

Khamis  22/8/2013 - Diberi kata dua oleh state GM kerana keadaan kebersihan Rasul marwan tidak memuaskan dan saya di tarbiah selama 30 minit..Dengarkan jelah!! apa bleh wat...Malam tu jumpa Apit untuk jamming pada Sabtu ini

Kalau ikutkan kami akan bermain lagu ini BPR -1511...dengarkan lah..macam susah je nak main
Risau dah lama xmain depan public

Wednesday, 21 August 2013

Terharu sangat dan peristiwa hari ini

Hai u allss..hari ni saya dah jatuh sakit secara tiba-tiba je mungkin sebab terkena hujan semalam..actually minggu ni agak sibuk dgn oshe week dan juga practice utk persembahan jamuan raya merdeka..

Actually sy sangat terharu kerana tunang sy my lover ci comel datang dr kl nk jenguk sy di seremban..mula3 susah ati gak takut dia xsampai ati dan sy susahkan dia plak sampai nak dtg cni.

Sampai je cni sy bawa tunang sy g mkn pizza nyum nyum sampai 4 slice sy makan...hehe..pastu sy bawa dia g city park....terlelap kt ctu..waktu dia balik saya nampak mata dia genang....sedih dan sayu sy masa tu..xtau nak ckp apa..akhirnya berlepas balik tunang sy..sy mkn ubat batuk trus tdo..sampai le ke maghrib

Selepas tu sy pergi ke kompleks sukan paroi utk futsal ...padahal sy masih tak kuat lg...sy tau my love marahkn sy sebb dia xnak sy main futsal..nk suh sy rehat sbb sy nak ke jb plak besok paginya..

Sy plak dh lama xmain..main gak la..team sy masuk semi final  jumpa team jemputan..team jemputan ni. Mcm xcaya team budak bawah jambatan yg sy main masa mula kerja tm kt cni dulu..so kami kalah 1-0 mengheret ke next match penentuan 3-4 kami kalah 2-1..so xdptla hadiah..hehe..

Pas main tu sy rasa badan sy lega la pula..dh sejuk..so sy cpt anta sms kat syg sy yg sy dh ok

Syg..maafkan sy sebab dh wat ayg marah..sy tau syg kecewa ngan sy..dari hujung rambut sampai hujung kaki..maafkan sy syg

Friday, 16 August 2013

Luahan Hidup ...Akhirnya saya beritahu juga

Selama ini hidup saya banyak memendam dalam banyak perkara...
sejak dari kecik di layan seperti itu...
sampai menjadikan hati saya dah tahap beku...
tak de perasaan di layan sampai cam tu...

Dari remaja...memang saya kurang segalanya ...
kalau di bandingkan 'saudara' ku yang lain..
timbul rasa kurang percaya ...
pada diri ini...
aku terima ...
tak pernah salahkan mereka......

 mungkin mereka tak nampak apa boleh saya buat..
jadi saya diam..
pendam...
apa-apa pun kawan lah tempat segalanya.....

Biarlah orang lain nak nilai saya apa...
dan banyak orang yang pernah "masuk" dalam idup saya...
Melabel saya sebagai lelaki misteri ....
lelaki pelik....
lelaki yang susah nak faham...
dan hati saya memang susah nak tenang...
tu lah sebabnya ,,,,kerana konflik...

 Kini saya dah da orang yang bertakhta dalam hati..
syukur...kerana tuhan mengurniakan orang yang faham...
kalau sy sedih pun dia ada...
faham kalau sy letih..
faham kalau sy susah...
supaya hari ini awk mengerti mengapa saya letak awk kat tempat yang tinggi..
mengapa sy menghargai awak..kerana awak la sebenarnya tempat sy ngadu...
bukan mereka...tetapi awak..

thanks atas segalanya ..
utk sape yang baca coretan hati saya...
mungkin nampak "rebel"
tapi tu la hakikat saya kena lalu...
hidup tetap hidup
mesti diteruskan walau apa pun...




Saturday, 10 August 2013

Hari Raya ke 2 - Tiada Siapa Pun berani..berani cakap belakang jela

Hai
9/8/2013 - 2 syawal
Kami bertolak ke Johor di mana destinasi pertama kami adalah Parit Limbong Muar..Di situ bersemadilah arwah nenek ku Zaiton Bt Ahmad setelah meninggal dunia pada 19 tahun lepas...Kalau diikutkan dulu kalau beraya kat Bekok akan jadi meriah sebab beliau ada...satu-satunya nenek terbaik yang pernah aku ada...Pemergiannya sampai hari ini aku rasa satu kehilangan..

Aku tak benarkan abah untuk capai stereng kerana dia bukan nk drive tapi nak tido so aku memang xsuka jap2 nak jaga mata dia sebab dia nak tdo je...jadi lebih baik aku drive biar semua tdo..senang skit..

Sampai di pusara arwah nenek aku( jam 10.20 pagi) bersih aku perhatikan pusaranya...Fatin xboleh masuk kerana datang bulan..jadi aku abah dan mak je la masuk...
So ini lah kubur arwah nenek ku

Jam 10.20 pagi juga menunjukkan penyakit "kelam kabut" abah datang di mana dia segera nak ke Kluang padahal boleh je sampai sebelum sembahyang Jumaat..Aku dah mula menyampah dah...mak pun dah mula bising sebab nak beraya rumah family mak kat sini semua diabaikan...kalau aku tau cm ni aku tak pergi la beraya..seriusly aku ckp..Alasan yang diberikan abah adalah kerana takut family beliau di Kluang akan ada program lain(ada perbincangan hal tanah)..Bagi aku juz call je tanya siapa ada..then minta dorang jangan pergi..berat tak tu? tak de masalah kan?...
 
jadi semasa perjalanan tu kami pun sangkut la jem kat Yong peng padahal time masa tu pukul 11 pagi..Seriusly aku bengang betul sebab aku tau memang sempat pun sampai sebelum Sembahayang Jumaat..Nanti tahun depan dah kahwin memang aku xfollow la  dia lagi ,..dah la xdrive pastu bising lagi ngan kelam kabut lagi..
 
Sampainya di sana ..dalam kul 12. cmtu ..xde pun keluarga dia yang ada program lain..ni semua alasan coverline la ni...aku dah mula ckp ngan abah suh berhati-hati dengan sebarang kenyaataan yang dikeluarkan kerana ada banyak wartawan-wartawan URTv dan mangga kat situ...tapi kadang-kadang abah ni xsedar adik beradik dia dengki ngan dia ..nak pedajalkan dia..kami adik beradik semua nampak..sampai sana memang aku buat perangai cm Luis Suarez la ..tak salam sape je yang mangkuk-mangkuk terlibat dengan kutuk keluarga aku kat FB tu..
 
 
contohnya cam ni la aku buat

Makcik makcik aku yang terlibat pun xberani nak bersuara..abah mencadangkan untuk aku bermalam di sana..aku berkeras untuk tidak lepak sana  kerana bimbang ada yang malam tu ada beberapa muka aku nak pijak mlm tu.jadi aku rasa lebih baik balik kl je..Setakat drive tu aku pun leh drive..xjadi masalah sangat la...
 
Satu ketika dahulu..kami memang rapat sangat dan aku rasa setakat ini sahaja lah..atas apa yang berlaku..sorry dah xleh cm dulu lagi..dasar mulut cm puaka......semua tak berani keluar kenyataan..tu yang menunjukkan bahawa...mereka tak lah sehebat seperti yang digembar gemburkan..cerita belakang je boleh la.....penakut je lebih baling batu sembunyi tangan

Balik dari tu aku blah je..malas nak salam sebab bagi aku lebih baik jadi musuh depan mata daripada musuh dalam selimut...lantak la apa diorang nak kata..aku memang xnak ada kena mengena lagi dengan dorang..walaupun abah cuba nak baikkan kitorang..hati aku kali ni keras./

Wednesday, 7 August 2013

Mimpi Kita- 2nd Single Band

Hai
Selain lagu Metafora ..kami juga ada selitkan lagu Mimpi Kita lagu 2nd single kami dimana masih dalam time experiment..cuma biasa la lagu ini tak macam Metafora..cm sentimental rock

Apit - Vocalist
Kirk - Lead Guitar
Syahril - Bass
Din - Drummer
 

Tuesday, 6 August 2013

Raya Yang Sempurna - Kali Ini Aku Tidak Sunyi Lagi

6/8/2013 - 6.00 pagi
Terdengar lagu Awie -Raya Yang Sempurna

aku ambil petikan liriknya...
Datanglah cinta bersama ria
Di dalam jiwa sempurna akal
Dari Tuhanku Yang Maha Satu
Yang Maha Tahu diriku ini


Lalu kita semua pun bangkit segera
Untuk menyusun semula
Kasih sayang (diisi?)...
Sebenar-benarnya kasih sayang kita
Satu untuk semua...


 Nama tajuk lagu ni adalah Raya yang Sempurna - kalau ikutkan aku dapat rasakan ini lah raya yang paling best aku rasa kan setelah sekian lama hati aku sepi..dengan kehadiran "my fiance tersayang" dalam hidup aku..segalanya bagaikan sempurna..Aku rasa kali ini juga aku menyambut dengan ceria ..berbanding dengan sebelum ni "lantak la nak jadi apa"....dipendekkan cerita banyak gak benda yang aku buat bersama my fiance sempena Ramadhan kali ni..buka puasa sama dengan aku kena sembelit demam 38 darjah sampai dah xleh puasa selama 2 hari (mau tak mau kena ganti la!!) ...dengan kami cari barang hantaran ambil kesempatan sementara tengah diskaun ni..dengan g Jalan TAR...biasanya aku tak g Jalan TAR ni..last time 2 tahun lepas bersama ex GF aku..tapi kali ini aku pergi dengan si dia yang betul2 aku cintai...

Sebut punya sebut ini adalah raya dan puasa aku sebagai seorang bujang..Insyaallah aku dan dia akana bernikah tak lama lagi dan tahun depan puasa dan raya aku dlm keadaan dah berumah tangga ..ntah tak tau cmne ntah..

Persiapan raya tahun ni agak kelam kabut skit la..dengan aku kalau ikutkan apa pun tak beli..maleh nak layan menda ni..Laki apa la sangat nak beli gile2...baju raya pun pakai yang tahun lepas punya..lawa lagi apa.cuma tahun ni kami akan beraya di kluang dan Hari raya pertama baru la kami ke Kluang since aku rasa kali ni la ...hati aku rasa teringin nak raya kat KL selepas apa yang terjadi baru-baru ini (sepupu aku mengeluarkan ayat isytiharkan perang dalam FB, jadi betul2 la perang ni)....kalau ikutkan malas aku nak balik Kluang tapi mengenangkan abah tak larat sangat drive jadi aku pun cover la dia nak drive..sebab aku kalau drive jauh jarang tdo ni....CUma tahun ni aku xdapat balik awal..yela kena kerja kan..

So apa pun
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI SAYA
MOHD SYAHRIL MOHD AZALI
STAN@SYAH@BRO..
 

Sunday, 4 August 2013

Hari Yang Best Ramadhan antara aku dan dia

Hai assalamualaikum
3/8/2013 
Hari ini aku boleh katakan semua orang dah bersemangat Hari Raya walaupun Ramadhan masih ada lagi..semua orang bersemangat nak berhari raya ni..

Semalam aku "my wife" dah tersekat parking di rumah my fiance so my fiance cadangkan aku untuk bawa "hubby dia balik ke rumah..so pagi2 aku bangun sudah dapat bebelan dari along aku dan abah yang terus minta aku anta "hubby" pergi basuh ..diorang kata koto sangat..

Tapi sebelum tu aku kena g rumah syahnaz dulu sebab semalam syahnaz dah tinggal barang kat rumah aku masa berbuka puasa...so aku pergi ngan abah menaiki "hubby"..Masa odw tu abah semacam tau bahawa kereta tu dah dibawa dengan kelajuan lebih 110km/J so abah trus sound ckp,..nnti bagitau kat Lyn..awak tu lesen P so berjaga-jaga skit..hehehe..aku terkedu je la...

So dapat lah jumpa dengan Bobobo Haris..

 gambar Haris ngan Atok
 Bulat mata haris



Selepas daripada pergi rumah Syahnaz aku pun hantar la "hubby" g basuh kat Masjid Pandan Indah. Lama gak aku tunggu 30 minit..tapi aku memang suka basuh kat masjid sebab dia basuh teliti..dia bersihkan semua luar dalam ...pastu aku tgk body yang kemek kat kereta my fiance..ingat nak g betulkan nanti dalam cuti raya ni sebab nnti dah xde masa dah nanti
comel tak my hubby pas basuh? comel kan?
Selepas basuh tu aku ambil my syg..sebab kami nak g Ikea sebenarnya..AKu nak dapatkan konsep untuk meja makan dan bilik tidur untuk rumah kami nanti...yela kan sekarang ni yang basic tu je xde..aku cuba untuk jadi suami yang baik untuk dia ..sediakan semua untuk dia..taknak ini xde itu xde..risau aku dok memikirkn benda ni..dan kami berbuka puasa di IKEA gak......

After that kami ke Tesco Ampang sebab nak beli butter cup untuk adik ipar tersayang sheera..Dia nak buat kek ke kuih..kami sambar je buttercup then aku hantar dia balik...niat aku nak bawa kuar keta tapi tiba-tiba ada plan dari shafiq nak g Jalan Tar..jadi kalau naik keta memang xdapatla sebab jem..akhirnya aku kena gak g Jalan TAR naik moto..Bayangkan dalam tempoh 9 tahun..aku xpernah sentuh moto akhirnya aku dapat gak bawa moto..Masa mula-mula rasa janggal gak nak bawa moto ni yela kan 9 tahun xsentuh..tapi masa odw balik tu aku dah tau rahsia nya..guna flexy body..Aku bawa tunang aku naik moto...sebelum ni dah la susah aku nak bawa pompuan naik moto ni...tapi best gak dia peluk aku..rasa hati rapat je...

***syg..nnti dah kawin nak beli moto la...nak bawa ayg jalan2 pusing naik moto....sy syg ayg cgt

Friday, 2 August 2013

Rambut Panjang??? Suatu Ketika Dahulu - Dark Side OF The Force


2/8/2013
Hai u alls
sementara aku dok tunggu staff aku datang ni nak roll call ni..aku singkap koleksi album dalam laptop aku gambar aku time mula nak simpan rambut dulu (kecewa la kononnya)
Meh tgk gambar2 nya
masa ni kursus kat PD Sri Intan


ngan Noor Aiman..old friend skrg dah kerja kat menara TM dah


Dengan Noor Aiman dan Fadh





Ngan sis kecik (ain) masa ni dia belum kahwin



 Ngan melvin budak tm telemarketing..


masa perkahwinan my lovely sistem kak hazilah